Monday, October 29, 2012

INFO SNE: PERSOALAN YANG SELALU BERMAIN DI FIKIRAN


Berikut dicatatkan beberapa persoalan yang sering diajukan bakal/pengguna produk ini. Penting untuk anda memahami dan mengambil produk mengikut aturan dan saranan yang diberikan bagi memastikan khasiat/keistimewaan ia dapat diserap badan dan memberikan impak maksima di atas pelaburan yang anda keluarkan.

1. Bila masa terbaik untuk mengambil Beutskin Essence?
-Ambil 2x sehari, 2biji sebaik saja ba...
ngun dari tidur, diikuti dengan segelas air masak/suam, iaitu sekurang2nya setengah jam sebelum sarapan. Sekali lagi 2biji pada waktu malam, iaitu sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur, agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Sila minum banyak air sepanjang hari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

2. Bolehkah Beutskin Essence diambil ketika haid atau hamil/mengandung?
-Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. Tetapi wanita hamil DILARANG mengambil produk ini kerana kandungannya yang boleh 'membersihkan rahim' dan mengecutkan saluran peranakan.

3. Selepas bersalin/berpantang dan menyusukan bayi boleh ambil Beautskin Essence?
-Boleh, tapi pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga. Walau bagaimana pun, pada tempoh ini, sebaiknya anda mengamalkan BE dengan kapsul SNE juga, yang memain peranan penting membantu merawat/memulihkan bahagian dalaman badan serta mengembalikan kesihatan selepas bersalin secara keseluruhan selain memberi manfaat yang lebih banyak dalam penyusuan kepada bayi.

4. Lelaki boleh amalkan Beautskin Essence?
-BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan BE ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda. Untuk LELAKI, amalkan juga kapsul SNE, ibu segala produk terbaik untuk anda..

5. Bolehkah Beutskin Essence diambil bersama supplement lain seperti kolagen, Vitamin-C atau ubat-ubatan doktor yang lain?
-Boleh, tapi bergantung kepada kesesuaian. Contohnya, jika supplement lain itu juga perlu diambil sebelum sarapan, maka ia pasti menyukarkan anda kerana BE juga perlu diambil pada masa yang sama,kan? Pastikan anda jarakkan waktu pengambilan sekurang2 nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

6. Berapa lama perlu amal untuk melihat hasil kecerahan kulit?
- Ini paling banyak ditanya. Semua obses untuk miliki kulit cerah berseri. Tapi sebelum itu, anda perlu fahami dulu bagaimana Beutskin Essence (BE) berfungsi dalam beberapa tahap dalam lingkungan masa tertentu. Kita rawat dalaman dahulu ok?

**Penyerapan - 100% pati tumbuhan aktif yg diserap dengan pantas ke dalam sel-sel tubuh bagi mengaktifkan fungsi2 utama sel.

**Pemulihan - Pati tumbuhan aktif dlm BE bertindak terus pada nukleus sel untuk menghasilkan enzim2 autogenus bagi memulihkan kecergasan.

**Penjanaan semula - Pati tumbuhan aktif dalam BE membekalkan nutien2 yg mencukupi kepada sel dan membantu sel2 kulit kembali sihat.

**Pengkhususan - Pati tumbuhan aktif dalam BE mula mengenal pasti dan bertindak secara khusus pada sel2 yg rosak dalam tubuh dengan menambahkan kepekatan kolagen dan membaiki struktur serat2 elastik, membolehkan kekenyalan dan keanjalan kulit dipertingkatkan.

**Pembekalan semula - Pati tumbuhan dalam BE membekalkan semula tenaga dan tahap nutrien yg diperlukan oleh sel2 kulit.

**Kebolehpercayaan - BE mengandungi 100% pati tumbuhan aktif tanpa penggunaan sebarang hormon dan oleh itu, ia tidak akan menyebabkan alergi dan kebergantungan.

Jadi kesimpulannya, jika kesemua tahap ini sudah dicapai, kesihatan dalaman dipertingkatkan, struktur kulit akan dipulihkan (jerawat, parut, pori2 terbuka, jeragat, kekusaman hilang perlahan2), maka barulah terlahir kulit halus cerah berseri! Ini semua diperolehi dalam tempoh 3-6 bulan pengambilan secara konsisten..:)

7. Jika memberhentikan pengambilan, adakah kulit yang cerah/mulus kembali menjadi gelap dan kusam?
-Dalam jangka panjang, sudah tentu ia terjadi, kerana tanpa zat2/nutrien mencukupi, kolagen semulajadi badan terbina dalam kadar perlahan dan merosot, selain pengumpulan toksin yang menghasilkan radikal bebas mempercepatkan lagi proses penuaan berlaku..

Tuesday, October 16, 2012

INFO SNE: SENGGUGUT




Semalam dapat mesej daripada customer saya, feedback positif setelah seminggu mengambil SNE Kapsul dan Excel Tea.

"Assalam!! saya dah x sakit waktu period!!X yah g klinik cucuk dan x yah makan postant!"

Alhamdulillah, masa dapat mesej ni rasa bahagia sangat. Gembira bila produk yang disyorkan berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh customer saya ni. Saya yakin SNE sangat membantu pesakit-pesakit di luar sana. Okla, jom kita telusuri maklumat tentang senggugut.



Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.


Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:


Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.
Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.


Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Saya telah mengalami dismenorea sejak lima tahun dahulu semasa saya berumur 13 tahun. Perlukah saya berjumpa doktor?
Sekiranya kamu mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi kamu tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:
  • Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Muntah atau mual/loya
  • Sakit kaki dan bahagian belakang badan
  • Pergerakan usus yang tidak sekata
  • Pitam
Kesakitan Dismenorea: Bila perlu berjumpa doktor
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang kamu rasai kerana dismenorea boleh membantu kamu memahami apa penyebabnya. Jadi sila beri perhatian!
Kamu akan tahu yang kamu mengalami dismenorea primer apabila:
  • Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
  • Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
  • Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
  • Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.
Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequentmuntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya kamu aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, kamu harus mendapatkan pemeriksaan doktor.
Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya kamu tahu yang kamu mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila kamu semakin tua dan tubuh kamu berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, kamu tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya kamu tidak akan menderita selama-lamanya!


Apabila dikesan yang dismenorea kamu disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:
  • Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
sumber: Kotex

Saya mengesyorkan:
  1. SNE Kapsul
  2. Excel Tea
  3. Beutskin
Anda turut bermasalah senggugut? Hubungi saya segera! 0134444407

INFO SNE: BAHAYA ANTIBIOTIK

Doktor selalu bagi kita antibiotik dan suruh kita makan sampai habes kan? Kesian doktor, walaupon dia tahu bahaya antibiotik kepada manusia, tapi dah tugas dia kena zip mulut daripada mendedahkan hal sebenar. Begitu jugak dengan bahaya ubat tahan sakit, paracetamol dan sebagainya. Ubat-ubatan barat tercipta daripada bahan-bahan kimia yang memudaratkan kesihatan manusia dalam jangka masa panjang. Ubat-ubatan hanyalah membantu mengurangkan atau menghilangkan simptom kesakitan dan tidak sama sekali menyembuhkan! Kali ini ialah perkongsian tentang bahaya antibiotik untuk kita semua buka mata dan buka minda betapa terancamnya kehidupan kita, ibarat harapkan pagar, pagar makan padi! sumber: DR Azwan

Antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring?
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat sehingga antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya.
Antibiotik sebagai bom nuklear?
Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.
Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makanlah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.
Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
  • Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
  • Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
  • Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
  • Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Menurut beliau sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.
“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Info SNE: Kita doktor terbaik... bertindak cepat!!





Badan kita tak pandai nak jerit sound kita bagitaw "aku tengah sakit ni!" Waima doktor pon tak taw, tak percaya? Skrip doktor "Ye encik, encik sakit apa?" Kan?? Kita adalah doktor yang terbaik di dunia! Cuma kita tak tahu, tak nak ambil tahu, tahu tapi buat-buat tak tahu. Contoh mudah, apabila bangun dari tidur. Badan rasa sakit-sakit, maknanya tekanan darah kita meningkat tapi belumlah sampai tahap darah tinggi dan tubuh memberikan signal kepada kita supaya kurangkan makanan berkolestrol. Tapi kita tak tahu, kita main bedal makanan-makanan enak yang "indah khabar dari rupa".



Penyakit akan menyerang kita dengan berperingkat:
Peringkat pertama : ASAS, badan kita bertoksik. Toksik ialah sesuatu yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Yang masuk ke dalam sistem badan banyak tapi yang keluar dari badan sedikit. Lama kelamaan toksik ini akan bertimbun, sikit-sikit lama-lama membukit. Kan?

Peringkat kedua: PERTENGAHAN, badan mula terasa sakit. Pening-pening, lesu-lesu, nyilu-nyilu dan macam-macam lagi.


Peringkat terakhir : KRITIKAL, barulah kita rasa nyawa macam dah di hujung tanduk. Yang berharta, anak bini dah mula suruh sign wasiat. Yang tak berharta, kita senaraikan hutang piutang untuk anak bini. Inikah yang kita mahukan?



Pengamal perubatan hanya mampu mengesan ketidakseimbangan dan ketidaknormalan badan kita hanya di peringkat kedua dan ketiga. Peringkat pertama hanya kita yang perlu menyedari betapa kita mengumpul toksik bertan-tan sepanjang umur kita. Tak kumpul? okay, mungkin anda memakan sayuran segar di kebun anda sendiri yang dibaja dengan baja tahi ayam atau anda menternak ayam dan menjala ikan di lautan sendiri atau mungkin anda menyedut udara khas untuk anda yang sangat bersih atau anda memang menyukat sebanyak mana toksik masuk dan sebanyak mana toksik keluar selepas anda bersenam. Mungkin :)

Betullah kan kata orang, kita hanya akan menghargai apabila kita sudah kehilangan.

SNE Testimoni : Kecederaan otak semasa bayi

* Testimoni ini saya perolehi daripada salah seorang agen SNE.


Assalammualaikum wbt.
Anak-anak adalah harga paling berharga kepada semua yang bergelar ibu dan bapa. Setiap pasangan mempunyai impian memiliki anak yang sihat tubuh badan dan normal seperti anak-anak orang lain. Tetapi ketentuan ALLAH SWT sebagai ujian, dianugerahkan anak-anak istimewa. Samaada sejak lahir atau kesan akibat demam panas ketika anak-anak kecil dahulu. Alhamdulillah, saya diberi peluang membantu seorang OKU akibat demam panas sewaktu beliau kecil dahulu. Kini umur beliau sudah 26 tahun dan sepanjang hayat akan bergantung kepada kerusi roda. Beliau boleh berjalan sekejap menggunakan tongkat atau kerusi kerana kakinya lemah dan tidak kuat menampung berat badannya. Tetapi saya di sini saya tidak boleh menunjukkan gambar beliau kerana menjaga sensitiviti beliau. Beliau diberikan SNE Kapsul dan Wis-D Essence dan alhamdulillah, beliau sendiri menyatakan perubahan dimana dia bertenaga dan kakinya makin kuat sedikit.

Untuk entry kali ini, saya berkongsi dengan anda tentang seorang kanak-kanak yang menderita selama 6 tahun. Terlantar, tidak boleh duduk & bangun, tidak boleh mendengar dan tidak mampu mengeluarkan air mata. Kisahnya, beliau jatuh terhempas semasa bayi kerana penjaganya melambung-lambung adik ini ke udara dan malang tidak berbau terlepas dari tangan dan terhempas ke lantai. Cuba anda bayangkan, dan akibatnya otaknya mengalami kerosakan. Ketika berumur 6 tahun ini, doktor menyatakan kepada nenek nya bahawa dia tidak lagi mampu diselamatkan kerana otaknya semakin hari semakin mengecut dan rosak. Doktor menyatakan kanak-kanak malang ini hanya mempunyai hayat selama 2 bulan sahaja. Namun takdir ALLAH mengatasi segala-galanya, neneknya berjumpa dengan sahabat saya Sheli dan disyorkan mengambil SNE dan Wis-D untuk pembaikan saraf dan otak. Mereka orang kampung, yang cuma menoreh getah tetapi harga produk ini bukan halangan kerana nilainya lebih kecil berbanding nilai nyawa dan keyakinan yang tinggi akan keberkesanannya. Alhamdulillah, selepas 2 minggu kanak-kanak ini menunjukkan perubahan yang sangat prositif. Jika dulu kanak-kanak ini tidak mendengar, sekarang sudu jatuh di dapur pon dia telah memberikan reaksi. Jika dulu hanya kedengaran suara meraung tanpa air mata, kini air matanya terembes kembali. Subhanallah. Ketika di awal rawatan, kanak-kanak ini mengalami sawan kerana saraf-saraf mula bersambung. Bayangkan selama hayat kanak-kanak ini sejak peristiwa malang tersebut, dia tidak pernah mengalami sawan kerana telah diberikan dadah sepanjang rawatannya di hospital. Saya sertakan gambar kanak-kanak ini untuk anda;

Nama:Mohammad Haikal b Md Jeffry
Umur: 6 tahun
Tempat: Kg Tawai, Grik Perak

Sebelum: Kaki dan tangan kaku seperti ini. Tidak boleh diluruskan.

Selepas 2 minggu: Kaki sudah boleh diluruskan sedikit.



Kes yang ke dua, saya tidak ada maklumat lengkap. Cuma saya boleh berkongsi gambar. Khabarnya adik ini mengalami osteoporosis. Kerapuhan tulang kan? Saya ingat orang dewasa je berisiko, hmm. Lihat selepas mengambil produk SNE, kakinya boleh diluruskan dan kesihatannya bertambah baik.



Tuesday, October 9, 2012



KAMI SEDANG MENCARI AGEN DI SELURUH MALAYSIA, SABAH, SARAWAK, SINGAPORE DAN JUGA BRUNEI.

HUBUNGI SAYA :

SMS/WHATSAPP
013 4444407