Tuesday, October 16, 2012

Info SNE: Kita doktor terbaik... bertindak cepat!!





Badan kita tak pandai nak jerit sound kita bagitaw "aku tengah sakit ni!" Waima doktor pon tak taw, tak percaya? Skrip doktor "Ye encik, encik sakit apa?" Kan?? Kita adalah doktor yang terbaik di dunia! Cuma kita tak tahu, tak nak ambil tahu, tahu tapi buat-buat tak tahu. Contoh mudah, apabila bangun dari tidur. Badan rasa sakit-sakit, maknanya tekanan darah kita meningkat tapi belumlah sampai tahap darah tinggi dan tubuh memberikan signal kepada kita supaya kurangkan makanan berkolestrol. Tapi kita tak tahu, kita main bedal makanan-makanan enak yang "indah khabar dari rupa".



Penyakit akan menyerang kita dengan berperingkat:
Peringkat pertama : ASAS, badan kita bertoksik. Toksik ialah sesuatu yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Yang masuk ke dalam sistem badan banyak tapi yang keluar dari badan sedikit. Lama kelamaan toksik ini akan bertimbun, sikit-sikit lama-lama membukit. Kan?

Peringkat kedua: PERTENGAHAN, badan mula terasa sakit. Pening-pening, lesu-lesu, nyilu-nyilu dan macam-macam lagi.


Peringkat terakhir : KRITIKAL, barulah kita rasa nyawa macam dah di hujung tanduk. Yang berharta, anak bini dah mula suruh sign wasiat. Yang tak berharta, kita senaraikan hutang piutang untuk anak bini. Inikah yang kita mahukan?



Pengamal perubatan hanya mampu mengesan ketidakseimbangan dan ketidaknormalan badan kita hanya di peringkat kedua dan ketiga. Peringkat pertama hanya kita yang perlu menyedari betapa kita mengumpul toksik bertan-tan sepanjang umur kita. Tak kumpul? okay, mungkin anda memakan sayuran segar di kebun anda sendiri yang dibaja dengan baja tahi ayam atau anda menternak ayam dan menjala ikan di lautan sendiri atau mungkin anda menyedut udara khas untuk anda yang sangat bersih atau anda memang menyukat sebanyak mana toksik masuk dan sebanyak mana toksik keluar selepas anda bersenam. Mungkin :)

Betullah kan kata orang, kita hanya akan menghargai apabila kita sudah kehilangan.

No comments:

Post a Comment