Showing posts with label WIS-D. Show all posts
Showing posts with label WIS-D. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Senggugut




Semalam dapat mesej daripada customer saya, feedback positif setelah seminggu mengambil SNE Kapsul dan Excel Tea.

"Assalam!! saya dah x sakit waktu period!!X yah g klinik cucuk dan x yah makan postant!"

Alhamdulillah, masa dapat mesej ni rasa bahagia sangat. Gembira bila produk yang disyorkan berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh customer saya ni. Saya yakin SNE sangat membantu pesakit-pesakit di luar sana. Okla, jom kita telusuri maklumat tentang senggugut.



Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.


Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:


Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.
Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.


Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Saya telah mengalami dismenorea sejak lima tahun dahulu semasa saya berumur 13 tahun. Perlukah saya berjumpa doktor?
Sekiranya kamu mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi kamu tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:
  • Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Muntah atau mual/loya
  • Sakit kaki dan bahagian belakang badan
  • Pergerakan usus yang tidak sekata
  • Pitam
Kesakitan Dismenorea: Bila perlu berjumpa doktor
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang kamu rasai kerana dismenorea boleh membantu kamu memahami apa penyebabnya. Jadi sila beri perhatian!
Kamu akan tahu yang kamu mengalami dismenorea primer apabila:
  • Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
  • Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
  • Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
  • Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.
Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequentmuntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya kamu aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, kamu harus mendapatkan pemeriksaan doktor.
Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya kamu tahu yang kamu mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila kamu semakin tua dan tubuh kamu berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, kamu tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya kamu tidak akan menderita selama-lamanya!


Apabila dikesan yang dismenorea kamu disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:
  • Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
sumber: Kotex

Saya mengesyorkan:
  1. SNE Kapsul
  2. Excel Tea
  3. Beutskin
Anda turut bermasalah senggugut? Hubungi saya segera! 0134444407

Tuesday, November 18, 2014

Hubungi saya MOBILE STOCKIST SNE MALAYSIA 0134444407


SNE KAPSUL   RM180                
SBE  RM120
PANSULIN RM223
EXCEL TEA RM75
ARTERCARDY  RM199
WIS D RM189
REBOND ESSENCE RM198

 DUTA SNE BEUTSKIN 



AND BOLEH JUGA MENGUHUBUNGI AGEN2 DI BAWAH

Monday, November 17, 2014

HUBUNGI SAYA MOBILE STOKIST SNE SELURUH MALAYSIA 0134444407


SNE KAPSUL   RM198                
BEUTSKIN ESSENCE  RM210
EXCEL TEA RM75
ARTERCARDY  RM199
WIS D RM189
REBOND ESSENCE RM198

 DUTA SNE BEUTSKIN 



AND BOLEH JUGA MENGUHUBUNGI AGEN2 DI BAWAH

Wednesday, September 24, 2014

STOKIS SNE BEUTSKIN KEDAH DAN SELURUH MALAYSIA


SNE KAPSUL   RM198                
BEUTSKIN ESSENCE  RM210
EXCEL TEA RM75
ARTERCARDY  RM199
WIS D RM189
REBOND ESSENCE RM198

 DUTA SNE BEUTSKIN 



AND BOLEH JUGA MENGUHUBUNGI AGEN2 DI BAWAH

KEDAH
1. WANIE (SG PETANI)
0134347389

2. ZAINAB (UUM SINTOK)
0195779867

2. NORAZWEEN (ALOR SETAR)
0195969468

PENANG
1. SOFIA YUNUS (PENANG ISLAND)
0165530206

2. TUNKU FATIMAH ( USM PENANG)
0194208225

JOHOR
1. KAMARIAH (BATU PAHAT)
0197818327

2. ERLIZA (MUAR)
0127843509

3. LIZA (SKUDAI)
0177715021

KELANTAN
1. NAZHATUL SAHIMA (UITM MACHANG)
0139683714

SELANGOR
1. YAFIDAH (KAJANG)
0166590479

N.SEMBILAN
1. NOORLEZA (NILAI)
0122216128

PERLIS
1. SHARIFAH (KUALA PERLIS)
0125364398

SABAH
1. ROSNANI (KOTA KINABALU)
016 8603758

TERENGGANU
1. NORSURIANI (KEMAMAN)
013 9219259

Monday, January 21, 2013

PROMOSI


ATAU


SNE + 2 SEABUCK ACTIV + 2 TEA + 3 ARTERCARDY = RM1200 (normal price RM1410)
SNE + 2 SEABUCK ACTIV + 2 TEA + 3 BEUTSKIN = RM1200 (normal price RM1440)
SNE + 2 SEABUCK ACTIV + 2 TEA + 3 wIS-D = RM1200 (normal price RM1380)
SNE + 2 SEABUCK ACTIV + 2 TEA +REBOND = RM1200 (normal price RM1434)

PILIH JE PAKEJ MANA YANG ANDA MAHU
PROMOSI TAMAT 28 FEB 2013

 SMS / wHATSAPP 013 4444407



Tuesday, October 16, 2012

SNE Testimoni : Kecederaan otak semasa bayi

* Testimoni ini saya perolehi daripada salah seorang agen SNE.


Assalammualaikum wbt.
Anak-anak adalah harga paling berharga kepada semua yang bergelar ibu dan bapa. Setiap pasangan mempunyai impian memiliki anak yang sihat tubuh badan dan normal seperti anak-anak orang lain. Tetapi ketentuan ALLAH SWT sebagai ujian, dianugerahkan anak-anak istimewa. Samaada sejak lahir atau kesan akibat demam panas ketika anak-anak kecil dahulu. Alhamdulillah, saya diberi peluang membantu seorang OKU akibat demam panas sewaktu beliau kecil dahulu. Kini umur beliau sudah 26 tahun dan sepanjang hayat akan bergantung kepada kerusi roda. Beliau boleh berjalan sekejap menggunakan tongkat atau kerusi kerana kakinya lemah dan tidak kuat menampung berat badannya. Tetapi saya di sini saya tidak boleh menunjukkan gambar beliau kerana menjaga sensitiviti beliau. Beliau diberikan SNE Kapsul dan Wis-D Essence dan alhamdulillah, beliau sendiri menyatakan perubahan dimana dia bertenaga dan kakinya makin kuat sedikit.

Untuk entry kali ini, saya berkongsi dengan anda tentang seorang kanak-kanak yang menderita selama 6 tahun. Terlantar, tidak boleh duduk & bangun, tidak boleh mendengar dan tidak mampu mengeluarkan air mata. Kisahnya, beliau jatuh terhempas semasa bayi kerana penjaganya melambung-lambung adik ini ke udara dan malang tidak berbau terlepas dari tangan dan terhempas ke lantai. Cuba anda bayangkan, dan akibatnya otaknya mengalami kerosakan. Ketika berumur 6 tahun ini, doktor menyatakan kepada nenek nya bahawa dia tidak lagi mampu diselamatkan kerana otaknya semakin hari semakin mengecut dan rosak. Doktor menyatakan kanak-kanak malang ini hanya mempunyai hayat selama 2 bulan sahaja. Namun takdir ALLAH mengatasi segala-galanya, neneknya berjumpa dengan sahabat saya Sheli dan disyorkan mengambil SNE dan Wis-D untuk pembaikan saraf dan otak. Mereka orang kampung, yang cuma menoreh getah tetapi harga produk ini bukan halangan kerana nilainya lebih kecil berbanding nilai nyawa dan keyakinan yang tinggi akan keberkesanannya. Alhamdulillah, selepas 2 minggu kanak-kanak ini menunjukkan perubahan yang sangat prositif. Jika dulu kanak-kanak ini tidak mendengar, sekarang sudu jatuh di dapur pon dia telah memberikan reaksi. Jika dulu hanya kedengaran suara meraung tanpa air mata, kini air matanya terembes kembali. Subhanallah. Ketika di awal rawatan, kanak-kanak ini mengalami sawan kerana saraf-saraf mula bersambung. Bayangkan selama hayat kanak-kanak ini sejak peristiwa malang tersebut, dia tidak pernah mengalami sawan kerana telah diberikan dadah sepanjang rawatannya di hospital. Saya sertakan gambar kanak-kanak ini untuk anda;

Nama:Mohammad Haikal b Md Jeffry
Umur: 6 tahun
Tempat: Kg Tawai, Grik Perak

Sebelum: Kaki dan tangan kaku seperti ini. Tidak boleh diluruskan.

Selepas 2 minggu: Kaki sudah boleh diluruskan sedikit.



Kes yang ke dua, saya tidak ada maklumat lengkap. Cuma saya boleh berkongsi gambar. Khabarnya adik ini mengalami osteoporosis. Kerapuhan tulang kan? Saya ingat orang dewasa je berisiko, hmm. Lihat selepas mengambil produk SNE, kakinya boleh diluruskan dan kesihatannya bertambah baik.



Thursday, September 27, 2012

SNE Testimoni : Strok & Masalah bercakap

Nama: Ghazali bin Mohamad Ali
Umur: 72 tahun
Tempat : Enggor, Perak
Penyakit : Strok, masalah bercakap, masalah ingatan
Menderita ; 2 tahun
Rawatan:
SNE Kapsul (2 biji pagi, tengahari, malam), Artercardy Essence (3 biji pagi, malam), Wis-D (2 biji malam), Seabuck Active.


Terlantar

Pakcik dah boleh keluar jenjalan (:

Hubungi saya untuk maklumat lanjut: 0137856411 / 0134444407 (Suhaila)

Info dan Testimonial SNE : Tingkatkan IQ dan ketinggian anak anda


Info dan Testimonial SNE : Tingkatkan IQ dan ketinggian anak anda

Pernahkan anda berfikir di manakah silapnya? Sama sekolah, sama kelas, sama sukatan pelajaran malah sama guru yang mengajar tapi anak orang no 1 anak kita no 40? Apa yang lebih? Apa yang kurang? Kita sibuk menghantar anak belajar lagi di pusat tuisyen sebab bagi anda tak cukup lagi ilmu yang diberikan di sekolah. Sebenarnya kita asik mencari cara mengatasi namun tidak pula mencari punca dan seterusnya mengatasi masalah di peringkat puncanya lagi. Anak anda bukan tak pandai, cuma otaknya kekurangan NUTRIEN yang secukupnya untuk memaksimumkan fungsi otaknya. Jika cukup NUTRIEN yang diperolehi tidak mustahil anak anda sehebat Einstein!



Autopsi otak Einstein.
Sebuah autopsi telah dijalankan ke atas Einstein oleh Dr Thomas Stoltz Harvey yang telah mengeluarkan dan mengawet otak Einstein. Harvey tidak mendapati sebarang ketidaknormalan pada otak Einstein, tetapi pada tahun 1999, analisa seterusnya yang telah dijalankan oleh sebuah kumpulan penyelidikan di Universiti McMaster telah mendedahkan bahawa otak Einstein mengandungi 73% lebih banyak sel glial berbanding otak manusia biasa.

Misteri kebijaksanaan
Einstein mempunyai banyak sel glial yang :
Mengangkut nutrien ke otak
Melindungi otak
Mengambil bahagian dalam penghantaran mesej

Pada tahun 1980-an, Professor Marian C. Diamond dari Universiti California, Berkeley telah membandingkan nisbah sel glial dalam otak Einstein yang telah diawet dengan otak kepunyaan 11 orang lelaki yang telah diawet. Hasil penyelidikan mendedahkan bahawa otak Einstein mengandungi lebih banyak sel glial berbanding neuron dalam bahagian-bahagian yang dikaji.

SEL GLIAL
Perkembangan otak fetus yang penting bermula dari minggu pertama kehamilan sehingga minggu ke-40 kehamilan. Selepas dilahirkan, otak bayi akan terus berkembang dengan pesat, khasnya pada 3 tahun yang pertama. Pada minggu ke-3 kehamilan, walaupon dikenali sebagai embrio dari definisi pembentukannya, tulang belakang, sistem kardiovaskular (jantung yang berdegup) dan otak akan terbentuk dengan jelasnya. Pada minggu ke -4 , embrio terus mengembangkan 3 bahagian otak; iaitu otak depan, otak tengah dan otak belakang bersama tangkai optik. Secara beransur-ansur, sesetengah sel berhenti membahagi dan dibezakan menjadi neuron (sel otak dan saraf) dan sel glial yang merupakan komponen sel utama otak. Otak manusia mengandungi lebih kurang 100 billion neuron, di mana jumlah sel glial adalah 10-50 kali ganda lebih banyak berbanding neuron. Sel glial juga digelar neuroglia atau astrosit merupakan sel bukan saraf yang mengekalkan homestasis, membentuk salut mielin dan memberikan sokongan dan perlindungan kepada neuron otak. Sel glial bertugas sebagai glu untuk meliputi dan menebat neuron, dan mengekalkan kedudukannya. Maka fungsi otak yang sihat dan optimum dikaitkan dengan sel glial yang menyokong, prihatin dan penting.

Wis-D Essence mengandungi nutrien yang:
  1. Mengangkut ~ Memastikan nutrien sampai ke otak
  2. Melindungi ~ Melindungi otak dan sel saraf daripada kecederaan
  3. Memaksimakan ~ Mengakifkan dan menggalakkan fungsi otak dan sel saraf yang optimum.
5 kelebihan Wis-D Essence:
  1. Sejurus selepas pengambilan 100% bahan-bahan aktif di dalamnya akan diserap terus oleh kelenjar pituitari bagi merangsang penghasilan hormon pertumbuhan. Wis-D menggunakan teknologi pengekstrakkan C02 superkritikal untuk memastikan pengekalan bahan-bahan aktif, penyerapan yang lebih cepat dan keberkesanan yang lebih tinggi. Ia adalah 30 kali lebih berkesan berbanding ubat-ubat tradisional.
  2. Bahan-bahan aktif yang unik dalam Wis-D berupaya merangsang pembentukan sel-sel asidofil dalam kelenjar pituitari bagi merembeskan hormon pertumbuhan. Ciri ini khusus dimiliki oleh Wis-D sahaja dan tidak dimiliki oleh produk-produk lain di pasaran.
  3. Wis-D meransang pertumbuhan semula jadi dengan membekalkan FV yang membantu kelenjar pituitari merembeskan hormon pertumbuhan. Hasilnya, pembentukan skeletal yang lengkap dan pertumbuhan sel tulang yang sempurna dapat membantu meningkatkan ketinggian tubuh.
  4. Wis-D membekalkan beratus-ratus jenis nutrien bagi menjanakan tenaga yang amat diperlukan untuk pertumbuhan sel dan tubuh manusia.
  5. Wis-D mampu meningkatkan tahap kecerdasan seseorang. Ia juga berkesan untuk memulihkan perkembangan mental perlahan, sindrom kelesuan otak, daya ingatan dan tumpuan yang lemah.

Testimonial: Adik Nurul ini disahkan OKU, lemah dalam pelajaran. Namun berkat pengambilan Wis-D, adik Nurul menyerlah dalam pelajaran.

Info SNE : Kanser Payu Dara


Info SNE : Kanser Payu Dara



Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara? 
  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Ya.

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wa
nita). Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?

Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam
Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri. 

  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.
Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?
PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah

Langkah dari kiri ke kanan
Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.
Berapa kerap seharusnya saya melakukan PSP?

  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.
Apakah seharusnya saya buat jika saya dapati keadaan luar biasa?

Sekiranya anda dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor anda. Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.

Fibroadenoma :

Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?

Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :

  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography
Ok, harap anda semua akan buat langkah pertama ye! Kekadang-kadang tubuh kita hanya akan bagi signal bahawa dia tak sihat apabila keadaan sudah semakin teruk. Peri pentingnya supplement untuk ketahanan diri kita daripada ancaman toksik dan radikal bebas. Dunia sudah tidak cukup selamat untuk kita..anda perasan tak?

Bagaimana SNE Kapsul membantu merawat pesakit kanser payu dara dan mencegah kanser payu dara?

Mukopolisakarida bermolekul tinggi aktif yang terkandung dalam SNE Natural Essence menguatkan protein DNA dan RNA dalam darah. Mukopolisakarida bermolekul tinggi dalam SNE mengandungi bahan-bahan menentang kanser seperti beta karotena, flavon polifenol, terpene, alkaloid dan komponen-komponen mikro. Gabungan kesemua bahan ini menghasilkan kesan ajaib untuk menentang sel kanser. Oleh itu, fungsi rintangan kanser SNE adalah lebih hebat jika dibandingkan dengan tindak balas komponen individu. Unsur-unsur rintangan kanser dalam SNE berupaya menentang kanser yang disebabkan oleh pelbagai undur. Misalnya, SNE dapat menentang kesan kanser N-nitrosodimethylamine (NDMA) dan virus yang boleh menyebabkan hepatitis, kanser yang disebabkan oleh aflatoksin dan mengelakkan pembentukkan sel-sel kanser. Dari segi tindakan anti-pengoksidaan SNE mengandungi unsur anti-oksidan yang kuat. Maka ia dapat mengelakkan ancaman radika bebas dengan berkesan. Lantarannya, ia menyekat pembentukan sel kanser.

Bagi mencegah kanser payu dara, SNE mall mengesyorkan:
  1. SNE Kapsul
  2. Wis-D Kapsul
  3. Artercady Essence

Info SNE : Diabetes Mellitus


Info SNE : Diabetes Mellitus

Statistik
  • Hampir 1.2 juta orang rakyat Malaysia menghidap diabetes mellitus. Lebih kurang 650,000 didiagnosis pada tahun 2007 (Persatuan Diabetes Malaysia)
  • Setiap tahun, sebanyak 15,000-39,000 orang pesakit diabetes mellitus kehilangan deria penglihatan manakala 54,000 orang pesakit terpaksa menjalani amputasi anggota bawah dan lebih daripada 13,000 orang pesakit terpaksa mendapatkan rawatan tahap akhir penyakit renal (kegagalan buah pinggang).
  • Risiko kejadian diabetes mellitus adalah satu kali ganda lebih tinggi berbanding risiko kejadian penyakit jantung dan strok (Panduan Kesihatan Keluarga Sekolah Perubatan Harvard).
Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Simptom-simptom
  • Dahaga yang melampau, pengencingan kerap, rasa lapar yang meningkat, penglihatan kabur, berat badan bertambah atau berkurang, kelesuan, murung atau mudah naik angin, penyembuhan luka tertunda, kebas pada tangan dan kaki, kulit terasa gatal.
  • Kecuaian penjagaan boleh menyebabkan
  • Penyakit-penyakit kardiovaskular
  • Penyakit-penyakit serebrovaskular
  • Retinopati
  • Perubahan patologi salur periferi dan nefropati
  • Neuropati
  • Hipoglisemia
  • Ketoacidosis
  • Koma hiperosmolar tak ketotik
Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.

Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
  • Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
  • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
  • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
    • Mata
      • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
    • Saraf
      • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
    • Otak
      • Angin ahmar (hubung dengan strok)
    • Buah pinggang
      • kegagalan buah pinggang
    • Jantung
      • Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi.

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes? 
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
  • Mengawal pengambilan makanan
    • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
  • Melakukan senaman fizikal
    • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Ubatan
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
    • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
  • Penjagaan secara umum:
    • Penjagaan kulit
      • Mandi setiap hari
      • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
      • Merawat luka dan calar dengan segera
      • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
    • Penjagaan kaki
      • Basuh kaki setiap hari
      • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
      • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
      • Potong kuku jari kaki secara lurus
      • Tukar stokin anda setiap hari
      • Jangan berjalan tanpa kasut
      • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
  • Mengawasi diri sendiri
    • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
    • Penjagaan gigi
    • Kerap menjalani pemeriksaan mata
    • Mengelakkan minuman keras
    • Berhenti merokok

Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
  • Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul
Kumpulan sokongan

BAGAIMANA SNE MEMBANTU PESAKIT DIABETES?
SNE Natural Essence mempunyai kandungan mukopolisakarida yang tinggi. Mukopolisakarida ini telah diekstrakkan daripada pelbagai jenis bahan semula jadi untuk menyelaraskan rembesan sistem endokrin dan meningkatkan daya pengimunan manusia. Ia mengandungi pelawas bercas positif, vitamin, unsure-unsur mikro, protein, flavon dan terpene yang diperlukan oleh pesakit-pesakit diabetes. Gabungan unsur-unsur ini dapat mengikis gula yang berlebihan dalam badan selepas memenuhi keperluan pesakit diabetes terhadap gula. Oleh demikian, ia mempunyai kesan terapeutik bantuan terhadap pesakit-pesakit diabetes.
SNE mall mengesyorkan kepada anda untuk rawatan dan pencegahan:
  1. SNE Kapsul
  2. Wis-D
  3. Artercardy
Untuk maklumat lanjut dan temujanji hubungi 0137856411