Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Senggugut




Semalam dapat mesej daripada customer saya, feedback positif setelah seminggu mengambil SNE Kapsul dan Excel Tea.

"Assalam!! saya dah x sakit waktu period!!X yah g klinik cucuk dan x yah makan postant!"

Alhamdulillah, masa dapat mesej ni rasa bahagia sangat. Gembira bila produk yang disyorkan berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh customer saya ni. Saya yakin SNE sangat membantu pesakit-pesakit di luar sana. Okla, jom kita telusuri maklumat tentang senggugut.



Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.


Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:
Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:


Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.
Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.


Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Saya telah mengalami dismenorea sejak lima tahun dahulu semasa saya berumur 13 tahun. Perlukah saya berjumpa doktor?
Sekiranya kamu mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi kamu tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:
  • Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Muntah atau mual/loya
  • Sakit kaki dan bahagian belakang badan
  • Pergerakan usus yang tidak sekata
  • Pitam
Kesakitan Dismenorea: Bila perlu berjumpa doktor
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang kamu rasai kerana dismenorea boleh membantu kamu memahami apa penyebabnya. Jadi sila beri perhatian!
Kamu akan tahu yang kamu mengalami dismenorea primer apabila:
  • Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
  • Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
  • Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
  • Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.
Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequentmuntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya kamu aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, kamu harus mendapatkan pemeriksaan doktor.
Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya kamu tahu yang kamu mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila kamu semakin tua dan tubuh kamu berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, kamu tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya kamu tidak akan menderita selama-lamanya!


Apabila dikesan yang dismenorea kamu disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:
  • Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
sumber: Kotex

Saya mengesyorkan:
  1. SNE Kapsul
  2. Excel Tea
  3. Beutskin
Anda turut bermasalah senggugut? Hubungi saya segera! 0134444407

Tuesday, November 18, 2014

Hubungi saya MOBILE STOCKIST SNE MALAYSIA 0134444407


SNE KAPSUL   RM180                
SBE  RM120
PANSULIN RM223
EXCEL TEA RM75
ARTERCARDY  RM199
WIS D RM189
REBOND ESSENCE RM198

 DUTA SNE BEUTSKIN 



AND BOLEH JUGA MENGUHUBUNGI AGEN2 DI BAWAH

Monday, November 17, 2014

HUBUNGI SAYA MOBILE STOKIST SNE SELURUH MALAYSIA 0134444407


SNE KAPSUL   RM198                
BEUTSKIN ESSENCE  RM210
EXCEL TEA RM75
ARTERCARDY  RM199
WIS D RM189
REBOND ESSENCE RM198

 DUTA SNE BEUTSKIN 



AND BOLEH JUGA MENGUHUBUNGI AGEN2 DI BAWAH

Monday, October 29, 2012

INFO SNE: PERSOALAN YANG SELALU BERMAIN DI FIKIRAN


Berikut dicatatkan beberapa persoalan yang sering diajukan bakal/pengguna produk ini. Penting untuk anda memahami dan mengambil produk mengikut aturan dan saranan yang diberikan bagi memastikan khasiat/keistimewaan ia dapat diserap badan dan memberikan impak maksima di atas pelaburan yang anda keluarkan.

1. Bila masa terbaik untuk mengambil Beutskin Essence?
-Ambil 2x sehari, 2biji sebaik saja ba...
ngun dari tidur, diikuti dengan segelas air masak/suam, iaitu sekurang2nya setengah jam sebelum sarapan. Sekali lagi 2biji pada waktu malam, iaitu sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur, agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Sila minum banyak air sepanjang hari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

2. Bolehkah Beutskin Essence diambil ketika haid atau hamil/mengandung?
-Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. Tetapi wanita hamil DILARANG mengambil produk ini kerana kandungannya yang boleh 'membersihkan rahim' dan mengecutkan saluran peranakan.

3. Selepas bersalin/berpantang dan menyusukan bayi boleh ambil Beautskin Essence?
-Boleh, tapi pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga. Walau bagaimana pun, pada tempoh ini, sebaiknya anda mengamalkan BE dengan kapsul SNE juga, yang memain peranan penting membantu merawat/memulihkan bahagian dalaman badan serta mengembalikan kesihatan selepas bersalin secara keseluruhan selain memberi manfaat yang lebih banyak dalam penyusuan kepada bayi.

4. Lelaki boleh amalkan Beautskin Essence?
-BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan BE ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda. Untuk LELAKI, amalkan juga kapsul SNE, ibu segala produk terbaik untuk anda..

5. Bolehkah Beutskin Essence diambil bersama supplement lain seperti kolagen, Vitamin-C atau ubat-ubatan doktor yang lain?
-Boleh, tapi bergantung kepada kesesuaian. Contohnya, jika supplement lain itu juga perlu diambil sebelum sarapan, maka ia pasti menyukarkan anda kerana BE juga perlu diambil pada masa yang sama,kan? Pastikan anda jarakkan waktu pengambilan sekurang2 nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

6. Berapa lama perlu amal untuk melihat hasil kecerahan kulit?
- Ini paling banyak ditanya. Semua obses untuk miliki kulit cerah berseri. Tapi sebelum itu, anda perlu fahami dulu bagaimana Beutskin Essence (BE) berfungsi dalam beberapa tahap dalam lingkungan masa tertentu. Kita rawat dalaman dahulu ok?

**Penyerapan - 100% pati tumbuhan aktif yg diserap dengan pantas ke dalam sel-sel tubuh bagi mengaktifkan fungsi2 utama sel.

**Pemulihan - Pati tumbuhan aktif dlm BE bertindak terus pada nukleus sel untuk menghasilkan enzim2 autogenus bagi memulihkan kecergasan.

**Penjanaan semula - Pati tumbuhan aktif dalam BE membekalkan nutien2 yg mencukupi kepada sel dan membantu sel2 kulit kembali sihat.

**Pengkhususan - Pati tumbuhan aktif dalam BE mula mengenal pasti dan bertindak secara khusus pada sel2 yg rosak dalam tubuh dengan menambahkan kepekatan kolagen dan membaiki struktur serat2 elastik, membolehkan kekenyalan dan keanjalan kulit dipertingkatkan.

**Pembekalan semula - Pati tumbuhan dalam BE membekalkan semula tenaga dan tahap nutrien yg diperlukan oleh sel2 kulit.

**Kebolehpercayaan - BE mengandungi 100% pati tumbuhan aktif tanpa penggunaan sebarang hormon dan oleh itu, ia tidak akan menyebabkan alergi dan kebergantungan.

Jadi kesimpulannya, jika kesemua tahap ini sudah dicapai, kesihatan dalaman dipertingkatkan, struktur kulit akan dipulihkan (jerawat, parut, pori2 terbuka, jeragat, kekusaman hilang perlahan2), maka barulah terlahir kulit halus cerah berseri! Ini semua diperolehi dalam tempoh 3-6 bulan pengambilan secara konsisten..:)

7. Jika memberhentikan pengambilan, adakah kulit yang cerah/mulus kembali menjadi gelap dan kusam?
-Dalam jangka panjang, sudah tentu ia terjadi, kerana tanpa zat2/nutrien mencukupi, kolagen semulajadi badan terbina dalam kadar perlahan dan merosot, selain pengumpulan toksin yang menghasilkan radikal bebas mempercepatkan lagi proses penuaan berlaku..

Tuesday, October 16, 2012

INFO SNE: BAHAYA ANTIBIOTIK

Doktor selalu bagi kita antibiotik dan suruh kita makan sampai habes kan? Kesian doktor, walaupon dia tahu bahaya antibiotik kepada manusia, tapi dah tugas dia kena zip mulut daripada mendedahkan hal sebenar. Begitu jugak dengan bahaya ubat tahan sakit, paracetamol dan sebagainya. Ubat-ubatan barat tercipta daripada bahan-bahan kimia yang memudaratkan kesihatan manusia dalam jangka masa panjang. Ubat-ubatan hanyalah membantu mengurangkan atau menghilangkan simptom kesakitan dan tidak sama sekali menyembuhkan! Kali ini ialah perkongsian tentang bahaya antibiotik untuk kita semua buka mata dan buka minda betapa terancamnya kehidupan kita, ibarat harapkan pagar, pagar makan padi! sumber: DR Azwan

Antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring?
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat sehingga antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya.
Antibiotik sebagai bom nuklear?
Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.
Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makanlah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.
Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
  • Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
  • Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
  • Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
  • Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Menurut beliau sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.
“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Info SNE: Kita doktor terbaik... bertindak cepat!!





Badan kita tak pandai nak jerit sound kita bagitaw "aku tengah sakit ni!" Waima doktor pon tak taw, tak percaya? Skrip doktor "Ye encik, encik sakit apa?" Kan?? Kita adalah doktor yang terbaik di dunia! Cuma kita tak tahu, tak nak ambil tahu, tahu tapi buat-buat tak tahu. Contoh mudah, apabila bangun dari tidur. Badan rasa sakit-sakit, maknanya tekanan darah kita meningkat tapi belumlah sampai tahap darah tinggi dan tubuh memberikan signal kepada kita supaya kurangkan makanan berkolestrol. Tapi kita tak tahu, kita main bedal makanan-makanan enak yang "indah khabar dari rupa".



Penyakit akan menyerang kita dengan berperingkat:
Peringkat pertama : ASAS, badan kita bertoksik. Toksik ialah sesuatu yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Yang masuk ke dalam sistem badan banyak tapi yang keluar dari badan sedikit. Lama kelamaan toksik ini akan bertimbun, sikit-sikit lama-lama membukit. Kan?

Peringkat kedua: PERTENGAHAN, badan mula terasa sakit. Pening-pening, lesu-lesu, nyilu-nyilu dan macam-macam lagi.


Peringkat terakhir : KRITIKAL, barulah kita rasa nyawa macam dah di hujung tanduk. Yang berharta, anak bini dah mula suruh sign wasiat. Yang tak berharta, kita senaraikan hutang piutang untuk anak bini. Inikah yang kita mahukan?



Pengamal perubatan hanya mampu mengesan ketidakseimbangan dan ketidaknormalan badan kita hanya di peringkat kedua dan ketiga. Peringkat pertama hanya kita yang perlu menyedari betapa kita mengumpul toksik bertan-tan sepanjang umur kita. Tak kumpul? okay, mungkin anda memakan sayuran segar di kebun anda sendiri yang dibaja dengan baja tahi ayam atau anda menternak ayam dan menjala ikan di lautan sendiri atau mungkin anda menyedut udara khas untuk anda yang sangat bersih atau anda memang menyukat sebanyak mana toksik masuk dan sebanyak mana toksik keluar selepas anda bersenam. Mungkin :)

Betullah kan kata orang, kita hanya akan menghargai apabila kita sudah kehilangan.

Saturday, September 29, 2012

INFO TERKINI MENGENAI SNE


INFO TERKINI MENGENAI SNE





TERBARU STACY PN DH GUNA PRODUK SNE 

ANTARA PRODUK YANG DI AMALKAN OLEH STACY DAN ADIRA ADALAH
1. BEUTSKIN ESSENCE (BE)
2. SNE KAPSUL
3. EXCEL TEA

Sesiapa yg inginkan kulit seperti ADIRA AF,STACY,HELIZA HELMI jangan lepaskan peluang utk mencuba produk SNE yg tgh hot dn meletop ni yaitu SNE kapsul,BEUTSKIN dn EXCEL TEA...ia merawat diri anda dari dlm dn luaran sekali dn hasilnya dh terbukti kini sgt he...
bat..ANDA SEHAT ANDA CANTEK!!!! utk mendapatkan produk2 tersebut boleh pm atau call (013 4444407 / 0137856411 ) skrg....cepat jgn biarkn diri anda kusam dn tidak bermaya khas bg kaum wanita yg bermasalah dr dlman dn luaran...lebih BONUS bg yg sehat kulit akan mulus,berseri,licin,putih dn gebuusssss...jgn tunggu lama2 order cepat..3 PRODUCT NI KESAN MELETUPS SEAWAL 1WEEK
 BEUTSKIN ESSENCE RM240.00 (BRUNEI USD105.00)
SNE KAPSUL RM220.00 (BRUNEI USD95.00)
EXCEL TEA RM90.00 (BRUNEI USD45.00)

Thursday, September 27, 2012

Info SNE : Penyakit lelah atau asma


Info SNE : Penyakit lelah atau asma



Mesti anda semua fimiliar dengan benda ini kan? Teman baik kepada penghidap asma, inhaler. Penyakit asma mengundang ketidakselesaan kepada pernafasan penghidapnya, nafas mereka pendek-pendek dan apabila aktif sedikit pasti akan tercungap-cungap menyedut oksigen. Penyakit asma adalah suatu keadaan di mana saluran nafas mengalami penyempitan kerana keadaanya yang hiperaktif terhadap rangsangan tertentu yang menyebabkan keradangan. Dalam penyakit asma, terdapat radangan (inflammation) dan pembengkakan pada lapisan salur pernafasan, peningkatan jumlah pengeluaran mukus dan juga penyempitan otot pada dinding salur pernafasan, di mana kesemua ini menyebabkan kurangnya keluar masuk udara dari paru-paru.



Punca-punca penyakit asma (sumber: DRZAKI):
  1. Jangkitan kuman, terutamanya selsema dan demam
  2. Alergi (bulu haiwan, habuk dll)
  3. Asao rokok (atau asap-asap toksik yang lain)
  4. Perubahan cuaca atau suhu yang mendadak
  5. Iritasi dari bahan dari tempat pekerjaan (habuk kayu, bahan chemical, spray cat dll)
  6. Ubat-ubatan (aspirin, ubat jantung dll)
  7. Sesetengah permakanan dan bahan pengawet makanan
  8. Senaman terutamanya dalam cuaca yang sejuk
  9. Stress, emosi.

Tanda-tanda biasa (sumber: Klik4sihat)
  1. Pernafasan yang pendek
  2. Sakit dada
  3. Sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan.
  4. Bunyi desahan (seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar.
  5. Batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema mahupun demam.
Tanda-tanda asma mungkin bertambah teruk:
  1. makin kerap diserang asma
  2. kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan (inhaler)
Untuk rawatan asma, SNE  mengesyorkan pengambilan:
  1. SNE Kapsul
  2. Seabuck Aktif
InsyaALLAH, melalui testimoni pesakit di mana beliau yang sebelum ini memerlukan 2 dos inhaler setiap hari sembuh sepenuhnya daripada asma setelah hanya sebulan memakan produk SNE. 

Info SNE : Atasi pigmentasi pada kulit


Info SNE : Atasi pigmentasi pada kulit

Setiap wanita pastinya mengidamkan kulit yang lembut, halus dan sempurna. Namun ramai wanita masih diselubungi dengan tanggapan yang salah tentang kaedah penghapusan tompok-tompok tersebut.

Tanggapan salah 1
Kebanyakkan wanita tidak begitu menghiraukan peringkat awal kemunculan tompok-tompok pada muka yang lazimnya dianggap biasa sahaja. Mereka juga lebih gemar menggunakan produk penjagaan kulit secara rambang untuk menghilangkan tompok tersebut tanpa sebarang bimbingan professional. Akibatnya, masalah tersebut mejadi lebih teruk dan rawatan akan menjadi lebih sukar kerana tempoh yang ideal untuk dirawat pada peringkat permulaan dan pemilihan kaedah atau produk yang sesuai adalah sangat penting. Jika tidak, masalah tersebut akan berlarutan dan ia mungkin akan bertukar menjadi sesuatu yang lebih teruk.

Tanggapan salah 2
Usaha menghilangkan pigmentasi hanya terhad pada permukaan kulit dan pigmentasi dianggap sebagai masalah kulit yang biasa. Rawatan pula menggunakan produk penjagaan kulit yang lazimnya bersifat melelas, keratolitik atau penggelupasan dan ini hanya akan memburukkan lagi permukaan kulit yang tercela. Penggunaa jangka panjang juga akan mencetuskan alergi kulit dan pigmentasi yang kerap berulang semula.

Tanggapan salah 3
Kebanyakan wanita hanya mementingkan "keberkesanan" sesuatu produk tanpa mengambil kira komplikasi yang mungkin timbul. Kebanyakannya juga ingin menghilangkan tompok-tompok ini dalam masa yang sangat singkat dan mereka berharap kulit wajah akan kembali berseri dan halus dalam masa 1 atau 2 hari sahaja. Akibatnya ramai orang lebih gemar menggunakan kaedah penggelupasan, penghapusan tompok atau pelunturan kulit jangka pendek yang dianggap "cepat dan berkesan" untuk menghilangkan tompok-tompok pada wajah kerana kaedah-kaedah ini tampaknya mampu memberikan kesan segera. Hakikatnya, penggunaan produk-produk ini menyebabkan permukaan atas kulit mengalami kerosakan teruk dan ketahanan tubuh mulai berkurangan dengan ketara. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, kulita akan lebih mudah mengalami pigmentasi yang degil seperti tompok selar matahari, tompok kulit dan sebagainya yag lebih sukar untuk dirawat.

Tanggapan salah 4
Ramai orang yakin bahawa tompok-tompok tidak akan hilang dengan mudah. Ramai juga yang hilang keyakinan terhadap rawatan penghapusan tompok-tompok di salun-salun kecantikan. Sebenarnya pigmentasi boleh dihilangkan, tetapi ia pastinya tidak akan hilang dengan menggunakan 1 atau 2 jenis produk penghapusan tompok atau mengambil produk penjagaan kesihatan tertentu yang mempunyai ciri antipigmentasi.

Pakar-pakar menasihatkan bahawa penghapusan tompok merupakan proses yang sistematik. Seseorang harus mengenalpasti punca sebenae pigmentasi supaya ia dapat dihilangkan dengan sepenuhnya dan tidak akan berulang kembali. Buangkan tanggapan salah anda tentang penghapusan tompok dan yakinlah bahawa anda pasti dapat mengatasi masalah pigmentasi ini. Penghapusan pigmentasi bukanlah suatu masalah yang besar. Beutskin Essence memberi jaminan bahawa tompok ini dapat dihilangkan dengan mudah.


Info SNE : Jerawat


Info SNE : Jerawat


Jangan amalkan tabiat ini.

Adeh, naik jerawat 2 ketul kat pipi ini. Haip, nakal neh picit kang! Sebenarnya saya masih lagi di peringkat detoksifikasi. Al-maklumlah, dah berumur 24 tahun 355 hari pada hari ini. Bertan-tan toksin terpendam (kalau bakat takpe la jugak, isk!). Jadi, toksin-toksin ini berkonfrantasi dan mogok di muka ini. Dulu pernah buat pemeriksaan muka, consultant tu bagitaw yang jerawat saya banyak menyorok bawah kulit (boleh plak kan?). Tapi syukur jugakla, kalau tak mesti muka saya akan macam ni...

Saya amalkan ganti air kosong dengan Excel Tea, apabila pagi saya terjaga bukan dek alarm tapi isi perut ini menendang mintak dilepaskan. Afdal la kiranya kalau tiap-tiap pagi kita membuang bahan-bahan tak terpakai itu, itu juga namanya proses detoksifikasi. Takpa-takpa take your time yeah, detok puas-puas. Proses ini mengambil masa, sebab SNE hanya ramuan semulajadi. Hendak cepat kena pakai bahan kimia, mau? Lepas ni lincin la muka saya ni (oh harapan), tak pakai BB Creampon boleh cantik :p

ok, banyak merapukan? Jom la kita selongkar "musuh" kita ini (sumber:Gengjaat).

Masalah jerawat sering muncul pada bahagian kulit yang sensitif seperti muka dan badan. Jerawat biasanya terbentuk apabila liang pada kulit tersumbat dengan sebum, bakteria, hormon dan juga sel kulit mati. Sebum dihasilkan oleh fokikel rambut dan semakin banyak sebum dikeluarkan semakin tinggi kebarangkalian jerawat akan muncul. Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan membengkak, ia dikenali jerawat putih manakala jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya menjad gelap, ia dipanggil jerawat hitam. Antara faktor yang menyebabkan pembentukan jerawat adalah kerana tekanan psikologi, faktor kelembapan persekitaran, penggunaan kosmetik, ubat-ubatan dan juga jenis perkerjaan. Terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi kalori juga antara faktor yang meransang pertumbuhan jerawat atau anda sendiri malas mencuci muka (opps!).





Bagaimana SNE menyelesaikan masalah jerawat dan akne?
SNE mengandungi makromolekular mukopolisakarida, asid lemak tak tepu, asid organik, karotenoid, asid amino, vitamin, unsur surih dan pelbagai zat dan bahan aktif yang diperlukan oleh tubuh manusia. Bahan-bahan ini menjalankan pemulihan komprehensif ke atas sistem perembesan dalaman, sistem peredaran, sistem saraf vegetatif dan sistem pencernaan. Kumuhan disingkirkan dan bakteria subkutaneus dibasmi dengan berkesannya. Vitamin dan mineral (zink dan magnesium) yang terkandung dalam SNE amatlah berkesan dalam merawat akne dan penyakit-penyakit kulit lain. Vitamin A memberikan khasiat kepada liang-liang roma, vitamin B6 memperbaiki tekstur kulit, vitamin B2 pula mempercepatkan metabolisme lemak tepu. Kulit berminyak dapat diperbaiki malah masalah akne dapat dikurangkan dan dikawal.

SNE  mengesyorkan:
  1. SNE Kapsul
  2. Excel Tea
  3. Beutskin Essence
Hubungi saya jika berminat, 0137856411

Info SNE : Komposisi dan Farmakologi


Info SNE : Komposisi dan Farmakologi


KOMPOSISI
FARMAKOLOGI
Makromolekul Mukopolisakarida
Penting kepada tisu dan sel-sel manusia, meningkatkan sistem imun, meninggikan tolerans terhadap kekurangan oksigen, menyingkirkan radikal bebas, memberikan khasiat kepada hati, menggalakkan fungsi detoksifikasi, meningkatkan keupayaan hati, tulang sum-sum dan darah untuk mensintesis protein DNA dan RNA, anti tumor dan anti radiasi, melambatkan penuaan kulit dan organ dalaman dan memanjangkan usia.
Kompleks Oligomerik rosianidolik (OPC)
Anti-oksidan paling handal untuk memusnahkan radikal bebas. Mencegah dan merawat lebih 70 jenis penyakit yang dicetuskan oleh radikal bebas, menguraikan, menukarkan, mensintesiskan dan menghasilkan asid asetik, asid laktik, asid nukleik dan asid uric, menghalang dan memusnahkan bakteria berbahaya, menyingkirkan bahan-bahan toksik.
Yis organik
Menguraikan, menukarkan, mensintesiskan dan menghasilkan asid asetik, asid laktik, asid nukleik dan asid urik, menghalang dan memusnahkan bacteria berbahaya, menyingkirkan bahan-bahan toksik.
Serat bercaj positif
Kesan afiniti, ketelapan, pengaktifan dan detoksifikasi yang baik dalam sel badan, menghuraikan lemak, gula dan garam yang berlebihan, logam berat serta produk metabolik daripada bahan.
Asid nukleik
Nutrien terpenting untuk meneruskan kehidupan. Sentiasa terlibat dalam proses penyerapan nutrient dan pembaikan gen. Semua penyakit dan masalah penuaan adalah berpunca daripada mutasi gen. Usia yang panjang hanya boleh dicapai jika badan memperoleh bekalan asid nukleik setiap hari.
Koloid cendawan
Mencuci darah, menambahkan kekenyalan salur darah, mengurangkan kelikatan darah
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan, mengawal hyperplasia dan pembezaan sel, menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel-sel kanser, menguatkan fungsi imun sel badan.
Vitamin D
Mengekalkan kekonsistenan kalsium dan fosforus dalam darah, menggalakkan pertumbuhan tulang
Vitamin K
Menggalakkan penggumpalan darah, menghentikan pendarahan dengan berkesan, bertindak sebagai analgesic, mencegah kekejangan otot, menguatkan fungsi peristaltik usus.
Vitamin E
Bersifat anti pengoksidaan dan anti penuaan. Ia merupakan salah satu vitamin utama dalam pencegahan penyakit.
Flavon
Meninggikan tolerans, mengurangkan ketelapan dinding kapilari, menghalang kerosakan VC dalam badan, mengelakkan aterosklerosis daripada menjadi bertambah teruk, mengurangkan tahap kolestrol dalam serum darah, mencegah dan merawat penyakit jantung, penyakit kardio-serebral dan penyakit pencernaan dengan berkesan, anti radang dan anti bacteria dan melindungi hati.
Asid organik
Anti radang, anti bacteria, menyahtoksik, menghalang pembentukan thrombus, mencegah gangguan denyutan jantung, merendahkan tahap lipid, membesarkan saluran darah, unsure yang amat diperlukan untuk tubuh yang sihat.
Polifenol
Bersifat anti pengoksidaan, membantu mencegah kanser dan kerosakan radioaktif.
Asid Linolenik
Mengekalkan fungsi metabolik yang normal, menguatkan sistem imun, mengurangkan tekanan darah, merendahkan tahap lipid darah, mengelakkan penggumpulan platlet, mencegah aritma, menggelakkan penyakit kardiovaskular, merendahkan tahap lipid serta lipoprotein berketumpatan rendah dalam plasma.
Asid Oleik
Merendahkan tahap kolestrol dalam serum darah, mengelakkan penggumpalan platlet.
Sterol
Merupakan salah satu komponen dalam pembentukkan membrane sel, memperbaiki sel-sel yang rosak, mengembalikan fungsi-fungsi normal, menggalakkan metabolism sel, menambahkan kecergasan, merendahkan tahap kolestrol dalam serum, mengelakkan arteriosklerosis koronari, meningkatkan kekenyalan kapilari darah di kulit, anti radang, menghilangkan kegatalan, melambatkan proses penuaan.
β-sitosterol
Mengurangkan penyerapan kolestrol oleh badan manusia, mengelakkan arterioskerosis, merupakan bahan aktif untuk menentang ulser.
β- bijiran akar asli
Salah satu bahan aktif untuk mengelakkan dan merawat arteriosklerosis.
Karotenoid
Prekursor vitamin A, mengawal fungsi imun dua arah, menyingkirkan radikal bebas, mengelakkan barah, melambatkan proses penuaan, menyihatkan semula ginjal, meningkatkan penyerapan, memanjangkan usia.
β- alkaloid
Penghantar impuls saraf yang jarang dijumpai pada tumbuhan, memainkan peranan penting dalam mengawal emosi manusia, tekanan darah, suhu badan, persekitaran dalaman dan hormone, anti kanser, anti radiasi dan anti ulser, mencegah jangkitan dan perubahan patologi pada hati.
Terpin
Anti-bakteria, anti-radang, anti-prurisis dan anti-tusif, melegakan kekejangan otot, bertindak sebagai analgesic, merendahkan tekanan darah, melancarkan peredaran darah, mengawal tahap gula dalam darah, menguatkan sistem imun, mengelakkan ulser. Digunakan untuk merawat luka dan ulser.
Fosfolipid
Menggalakkan metabolism sel, mengelakkan hati berlemak dan sirosis, merendahkan tahap lipid darah, mengelakkan arteriosklerosis dan pembentukkan bekuan darah.