Thursday, September 27, 2012

Info SNE : Atasi pigmentasi pada kulit


Info SNE : Atasi pigmentasi pada kulit

Setiap wanita pastinya mengidamkan kulit yang lembut, halus dan sempurna. Namun ramai wanita masih diselubungi dengan tanggapan yang salah tentang kaedah penghapusan tompok-tompok tersebut.

Tanggapan salah 1
Kebanyakkan wanita tidak begitu menghiraukan peringkat awal kemunculan tompok-tompok pada muka yang lazimnya dianggap biasa sahaja. Mereka juga lebih gemar menggunakan produk penjagaan kulit secara rambang untuk menghilangkan tompok tersebut tanpa sebarang bimbingan professional. Akibatnya, masalah tersebut mejadi lebih teruk dan rawatan akan menjadi lebih sukar kerana tempoh yang ideal untuk dirawat pada peringkat permulaan dan pemilihan kaedah atau produk yang sesuai adalah sangat penting. Jika tidak, masalah tersebut akan berlarutan dan ia mungkin akan bertukar menjadi sesuatu yang lebih teruk.

Tanggapan salah 2
Usaha menghilangkan pigmentasi hanya terhad pada permukaan kulit dan pigmentasi dianggap sebagai masalah kulit yang biasa. Rawatan pula menggunakan produk penjagaan kulit yang lazimnya bersifat melelas, keratolitik atau penggelupasan dan ini hanya akan memburukkan lagi permukaan kulit yang tercela. Penggunaa jangka panjang juga akan mencetuskan alergi kulit dan pigmentasi yang kerap berulang semula.

Tanggapan salah 3
Kebanyakan wanita hanya mementingkan "keberkesanan" sesuatu produk tanpa mengambil kira komplikasi yang mungkin timbul. Kebanyakannya juga ingin menghilangkan tompok-tompok ini dalam masa yang sangat singkat dan mereka berharap kulit wajah akan kembali berseri dan halus dalam masa 1 atau 2 hari sahaja. Akibatnya ramai orang lebih gemar menggunakan kaedah penggelupasan, penghapusan tompok atau pelunturan kulit jangka pendek yang dianggap "cepat dan berkesan" untuk menghilangkan tompok-tompok pada wajah kerana kaedah-kaedah ini tampaknya mampu memberikan kesan segera. Hakikatnya, penggunaan produk-produk ini menyebabkan permukaan atas kulit mengalami kerosakan teruk dan ketahanan tubuh mulai berkurangan dengan ketara. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, kulita akan lebih mudah mengalami pigmentasi yang degil seperti tompok selar matahari, tompok kulit dan sebagainya yag lebih sukar untuk dirawat.

Tanggapan salah 4
Ramai orang yakin bahawa tompok-tompok tidak akan hilang dengan mudah. Ramai juga yang hilang keyakinan terhadap rawatan penghapusan tompok-tompok di salun-salun kecantikan. Sebenarnya pigmentasi boleh dihilangkan, tetapi ia pastinya tidak akan hilang dengan menggunakan 1 atau 2 jenis produk penghapusan tompok atau mengambil produk penjagaan kesihatan tertentu yang mempunyai ciri antipigmentasi.

Pakar-pakar menasihatkan bahawa penghapusan tompok merupakan proses yang sistematik. Seseorang harus mengenalpasti punca sebenae pigmentasi supaya ia dapat dihilangkan dengan sepenuhnya dan tidak akan berulang kembali. Buangkan tanggapan salah anda tentang penghapusan tompok dan yakinlah bahawa anda pasti dapat mengatasi masalah pigmentasi ini. Penghapusan pigmentasi bukanlah suatu masalah yang besar. Beutskin Essence memberi jaminan bahawa tompok ini dapat dihilangkan dengan mudah.


No comments:

Post a Comment