Info SNE : Pembunuh yang Manis
Siapakah beliau? Kenapa dikatakan manis?
Sambil membunuh beliau tersenyum kah? (gila jahat!)
Siapa pembunuh yang manis?

sumber photo:ajuera-story
Pendedahan yang bakal merosotkan industri gula di Chuping. Mampukah?
Pendedahan yang bakal meningkatkan harga air suam di restoran. Mampukah?
Tepuk dada tanya selera
Masyarakat kita ini manis-manis, jadi belaka hendak manis
Cuma senyum jek nak kelat-kelat, pe hal?
Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyum
wah gitew iklannya ye?
okay, 73 cara GULA MEMBINASAKAN KITA
- Mampu menyekat sistem imun.
- Boleh mengganggu keseimbangan mineral dalam tubuh.
- Boleh menyebabkan hiperaktiviti, rasa cemas, kesukaran konsentrasi dan kanak-kanak akan bersifat mudah tersinggung.
- Boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mengurangkan keaktifan kanak-kanak.
- Boleh menjejaskan pencapaian akademik kanak-kanak di sekolah.
- Boleh menyebabkan peningkatan trigliserida.
- Menyumbang kepada faktor lemah ketahanan bila melawan infeksi bakteria.
- Boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.
- Boleh mengurangkan kolestrol ketumpatan tinggi (HDLs) yang membantu kesihatan.
- Boleh menggalakkan kenaikan kolestrol bahaya (LDLs)
- Boleh membawa kepada kekurangan kromium (penting dalam metabolisme gula dalam badan)
- Boleh menyebabkan kekurangan kuprum
- Mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium
- Boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan rektum.
- Boleh menyebabkan kanser kolon dan membawa risiko tinggi kepada kaum wanita.
- Boleh menjadi faktor risiko kanser pundi hempedu.
- Boleh meningkatkan kadar "kelaparan" glukosa darah.
- Boleh melemahkan penglihatan.
- Meningkatkan kadar serotonin yang boleh menyempitkan salur darah
- Boleh menyebabkan hipoglisemia (kondisi gula rendah dalam darah)
- Menyebabkan perut berasid
- Menaikkan risiko penyakit jantung koronari
- Meningkatkan proses penuaan, menyebabkan berlakunya kedutan dan pertumbuhan uban.
- Meninggikan risiko penyakit Alzheimer.
- Membawa kepada alkoholisme
- Meningkatkan kerosakkan gigi.
- Menyumbangkan kepada pertambahan berat badan dan obesiti
- Boleh menyebabkan radang saluran usus bagi penghidap gastrik dan ulser
- Boleh menyebabkan artritis
- Boleh menyebabkan asma
- Boleh menyebabkan kandidasis (infeksi yis)
- Boleh membawa kepada pembentukkan batu hempedu
- Boleh membawa kepada pembentukan batu karang
- Boleh menyebabkan penyakit jantung iskemia
- Boleh menyebabkan apendiks
- Boleh memburukkan simptom sklerosis berbilang
- Boleh menyebabkan buasir secara tidaka langsung
- Boleh menyebabkan vericose vein (urat timbul)
- Boleh menyumbangkan kepada osteoporosis
- Menyumbang kepada keasidan air liur
- Boleh menyebabkan penurunan sensitiviti insulin
- Membawa kepada penurunan toleransi terhadap glukosa
- Boleh mengurangkan pertumbuhan hormon
- Boleh meningkatkan keseluruhan kolestrol
- Boleh meningkatkan tekanan darah sistolik
- Boleh mengubah struktur protein dan menganggu penyerapan protein
- Menyebabkan alergi makanan
- Boleh menyumbangkan kepada diabetes
- Boleh menyebabkan toksemia (keracunan gula) semasa hamil
- Boleh menyumbang kepada ekzema bagi kanak-kanak
- Boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular
- Boleh menjejaskan struktur DNA
- Boleh menyebabkan katarak
- Boleh menyebabkan jangkitan
- Boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
- Boleh menyebabkan pembentukkan radikal bebas di dalam aliran darah
- Menurunkan keupayaan fungsi enzim
- Boleh menyebabkan sel hati terbahagi, meningkatkan saiz hati
- Meningkatkan kandungan lemak di dalam hati
- Boleh meningkatkan saiz buah pinggang dan menyebabkan perubahan patologi buah pinggang
- Boleh memberi tekanan kepada pankreas, menyebabkan kerosakan
- Menyebabkan kehilangan keanjalan dan fungsi tisu
- Meningkatkan retensi cecair dalam tubuh
- Boleh menyebabkan sembelit
- Menyebabkan myopia (rabun dekat)
- Memberi kesan kepada lapisan kapilari
- Menyebabkan hipertensi
- Menyebabkan sakit kepala, termasuk migrain
- Meningkatkan gelombang otak yang boleh mengubah keupayaan minda untuk berfikir dengan jelas
- Menyebabkan kemurungan
- Meningkatkan respon insulin kepada mereka yang mengambil makanan yang terlalu manis
- Meningkatkan penapaian bakteria di dalam kolon
- Meningkatkan platelet darah pekat yang meninggikan risiko pembekuan darah.
sumber: Buku Toksin Masuk, Toksin Keluar ( Dr Yasmeen Farouk Mohamed, PhD Sains Biologi New Zealand)
No comments:
Post a Comment